Tahun 2006, Jenan'98 tewas kat separuh akhir dalam penentuan penalti. Kalau ingatan ni betul, kami sepatutnya dah menang 3-1 dalam masa penuh tapi leka pula di minit-minit terakhir dan terlepas dua gol dan akhirnya kalah di tangan Jenan'99. Tahun 2007, masuk juga tapi awal-awal lagi dah kalah, persediaan kurang agaknya, perut pun semakin kurang tegapnya... heh. Tahun 2008, tak dapat nak turut serta kerana Kamil langsungkan kenduri kahwinnya pada tarikh yang sama. Kamil cakap kalau kami yakin boleh jadi juara, dia tak kisah kalau kami tak hadir kenduri dia... hahaha... kami kumpul semua rakan-rakan yang boleh meluangkan masa, kami konvoi dari KL ke Pilah tengok Kamil kahwin... tak jadi masuk futsal...
Semalam dapat SMS daripada penganjur. Hari ni Kamil forward emel dan borang penyertaan utk pertandingan edisi 2009 Mac nanti. Harapnya kali ni Jenan'98 dapat beri cabaran yang lebih hebat daripada sebelum-sebelum ni... berusahalah!
And the goalkeeper saves!!.. (Some time ago at 'Friends in Futsal' Tournament)
No comments:
Post a Comment